Followers

COME FOLLOW MY BLOG PpL
ANYTIME

Monday 20 February 2012

KEUTAMAAN BACAAN AL-MA'THURAT

ucapan "Aku bermohon perlindungan Allah. Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam" di permulaan Al-Ma'thurat membawa erti bahawa setiap manusia harus menyrahkan diri kepada yang Maha Esa sebelum melakukan sebarang aktiviti. Dengan harapan yang besar kepada yang Maha Agung, seorang hamba mestilah berusaha menghindari dari kesesatan dan sentiasa mengingati Allah.


Al-Ma'thurat merupaka himpunan wirid, zikir dan doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Dengan membaca Al-Ma'thurat yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah SAW, kita telah bersedia melindungi diri dengan senjata yang kukuh yang dapat menghindari diri dari gangguan syaitan dilaknat


Bacaan Al-Ma'thurat mengandungi pahala yang besar jika membaca dan menghayatinya. Ia juga dapat mendidik hati agar sentiasa merindui Ilahi, memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani dan rohani. Setiap individu Muslim tidak harus membiarkan masanya berlalu begitu sahaja, amalkan Al-Mu'thurat di kala pagi dan petang supaya mendapat keredhaan Allah dalam mencari kebenaran di dunia.

p/s kepada diri dan semua:

marilah kita amalkan bacaan Al-Ma'thurat xkira dimana kita berada,,
~~islam itu indah~~

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

No comments:

Post a Comment